Skip to content

Perniagaan kami didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 September 2015. Pada peringkat permulaan penubuhan kilang, kami beroperasi secara manual, iaitu menggunakan peralatan seperti sliding saw, boring machine, dan hand router. Namun, kami komited dan konsisten membuat pemerhatian dan penyelidikan tentang cara kerja yang lebih moden dan efisien dalam pasaran. Seterusnya kami membuat keputusan untuk menggunakan teknologi CNC machine dalam penghasilan kabinet.

Atas dedikasi dan minat yang berterusan untuk memantapkan ilmu dalam bidang CNC machining, kami beberapa kali dijemput untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman kami kepada usahawan dalam bidang ini. Jemputan seperti ini amat bermakna bagi kami kerana ia menjadi sebahagian kecil sumbangan kami dalam sektor pembuatan kabinet. 

Selain dari membekalkan kabinet kepada pelanggan secara all-in-package iaitu lengkap dari proses mengukur sehingga ke proses pemasangan, ada juga pelanggan yang ingin membuat kabinet secara DIY iaitu dengan cara kami membekalkan tempahan pelanggan dari proses design sehingga tahap pemotongan sahaja. Seterusnya, proses pemasangan produk akan dijalankan oleh pelanggan kami sendiri. Kami amat berbesar hati dapat membantu pelanggan dalam membuat design kabinet yang mudah dipasang sendiri.

Kami beroperasi di alamat:

408 & 409, Jalan Nilai 3/24,

Kawasan Perindustrian Nilai 3,

71800 Nilai, Negeri Sembilan.


Terus hubungi kami untuk dapatkan sebutharga.

Kami menghasilkan kitchen cabinet cantik mengikut bajet pelanggan.