Perniagaan kami didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 September 2015. Pada peringkat permulaan penubuhan kilang, kami beroperasi secara manual, iaitu menggunakan peralatan seperti sliding saw, boring machine, dan hand router. Namun, kami komited dan konsisten membuat pemerhatian dan penyelidikan tentang cara kerja yang lebih moden dan efisien dalam pasaran. Seterusnya kami membuat keputusan untuk menggunakan teknologi CNC machine dalam penghasilan kabinet.